Fakta-fakta menarik mengenai Bulan:




   


Permukaan berkawah
Permukaan bulan dipenuhi dengan kawah hasil daripada hentaman meteorite. Kawah besar yang popular adalah kawah Copernicus dan Tycho kedua-duanya adalah dari nama ahli astronomi. Jika anda menemui satu kawah baru yang belum diberi nama, anda boleh maklumkan pada International Astronomical Union (IAU) dan mungkin nama anda akan menjadi nama kawah tersebut. Selain itu, kalau kita perhatikan juga terdapat tompok-tompok gelap pada permukaan bulan seperti gambar di atas. Tompok-tompok tersebut dikatakan adalah kesan-kesan lava sewaktu pembentukan bulan dahulu.

Tiada lapisan atmosfera
Ketiadaan lapisan atmosfera di bulan menyebabkan ianya terdedah kepada sinaran kosmik. Lapisan atmosfera bumi lah yang melindungi kita daripada ancaman sinaran-sinaran berbahaya dari angkasa. Selain itu, ketiadaan atmosfera juga menyebabkan meteorite yang jatuh ke bulan tidak terbakar. Jika di bumi, geseran meteor yang jatuh dengan atmosfera bumi akan menyebabkan meteor habis terbakar dan tidak mencecah bumi. Oleh kerana meteor tidak terbakar di bulan, ianya akan menjadi meteorite lalu menghentam bulan dan menjadi punca mengapa terdapat banyak kawah di permukaan bulan

Tarikan graviti yang lemah
Tarikan graviti bulan adalah lemah berbanding bumi, cuma 1/6 sahaja daripada kekuatan graviti di bumi. Jadi jika berat anda adalah 60 kilogram di bumi, berat anda akan menjadi dalam lingkungan 10 kilogram sahaja di bulan. Walaupun bulan mempunyai daya graviti yang lemah, namun daya gravitinya juga mampu membuatkan kita mengalami fenomena air pasang dan air surut. Bayangkan lah kalau tarikan gravitinya lagi kuat dari yang sedia ada.

Comments

Popular Posts