Nota Sains
Bumi, Bulan dan Matahari
(A) Putaran dan Peredaran Bumi
- Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.
(B) Putaran Bumi
- Bergerak dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam.
- 1 putaran lengkap = 24 jam atau 1 hari.
- Kesan putaran Bumi:
- Kejadian siang dan malam
- Kedudukan Matahari kelihatan berubah-ubah
- Perubahan panjang dan arah bayang-bayang objek
- Kejadian air pasang surut
(C) Peredaran Bumi
- Mengelilingi Matahari dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam.
- 1 peredaran lengkap = 365 ¼ hari atau 1 tahun.
- Kesan peredaran Bumi:
- Kejadian 4 musim.
- Perbezaan masa panjang siang dan malam.
- Kejadian gerhana Matahari dan gerhana Bulan.
(D) Fenomena Fasa-Fasa Bulan
- Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya Matahari untuk sampai ke mata kita.
- Seperti Bumi, Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Bumi.
- Bulan berputar pada paksinya dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.
- Bulan beredar mengelilingi Bumi juga dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.
- Tempoh edaran dan putaran Bumi adalah sama, menyebakkan kita sentiasa melihat permukaan Bulan yang sama.
- Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai Fasa Bulan.
- Semasa Bulan mengelilingi Bumi, kedudukan Bulan berubah dengan masa. Ini menyebabkan fasa Bulan:
- Bahagian permukaan Bulan yang gelap menghadap Bumi disebut anak bulan.
- Sebahagian kecil permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan sabit.
- Separuh bahagian permukaan Bulan yang terang menghadap Bumi disebut bulan separa.
- Keseluruhan bahagian permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan purnama.
- Takwim yang kita gunakan ialah Takwim Masihi yang menunjukkan kedudukan Bumi semasa edarannya mengelilingi Matahari.
- Takwim yang dibina berdasarkan fasa Bulan dikenali sebagai Takwim Qamari.
Comments
Post a Comment