Home



Fasa Bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap ,terutama dari bumi.Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan megelilingi bumi,mengikut perubahan kedudukan bumi,bulan dan matahari.Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan) dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengembang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap).Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat.


Mengenai Bulan

1.      Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.

2.      Sambil berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi
          Bumi.

3.      Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa
         ke semasa.

4.      Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan
         Bulan  yang memantulkan cahaya Matahari ke Bulan berubah
         semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi.

5.      Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.

6.      Fasa Bulan terdiri daripada:

    ·         Anak bulan
    ·         Bulan sabit
    ·         Bulan separa
    ·         Bulan purnama / penuh     
                                            

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular Posts